Panduan menjawab SMS Pengesahan Kekal Nombor Lama

panduantw.com
SMS Pengesahan.

Mengesahkan yang anda ingin mengekalkan nombor lama.

1. Untuk memastikan yang anda adalah orang yang sah memiliki nombor lama tersebut, syarikat telekomunikasi (telko) anda akan menghantar satu SMS Pengesahan yang perlu anda jawab dengan tepat dalam jangka masa yang diberikan.

3. SMS ini juga untuk mengesahkan yang anda benar2 ingin memindahkan nombor tersebut kedalam simkad ToneWOW anda.

4. Setiap telko mempunyai SMS Pengesahan yang berbeza-beza. Anda perlu rujuk kepada telko anda sahaja.

5. Setiap SMS Pengesahan mempunyai jangka masa yang tertentu dan berbeza-beza setiap telko. Anda perlu bertindak dalam jangka masa yang diberikan.

6. Jika anda jawab seperti arahan, maknanya anda bersetuju untuk memindahkan nombor lama anda kepada Tonewow. Jika anda jawab N, atau tidak jawab langsung, atau tidak menjawab sehingga tamat tempoh masa yang diberikan, bermakna permohonan anda akan terbatal dengan sendirinya. Maka nombor anda tidak akan berpindah ke simkad Tonewow.

7. Tamat tempoh masa yang dihujung SMS itu biasanya dalam lingkungan beberapa jam sahaja daripada masa anda menerima SMS tersebut.

8. Sila jawab seperti arahan sebelum masa tamat tempoh yang diberikan.

9. Sekiranya anda sibuk atau terlepas pandang dan tidak sempat untuk menjawab dalam tempoh yang diberikan, beritahu saya secepat mungkin dan saya akan hantarkan permohonan baru kepada syarikat telekomunikasi anda. (Maklumat IC, maklumat simkad masih ada pada saya lagi, jadi saya boleh tolong applykan semula).

10. Saya akan beritahu anda jika permohonan baru telah dihantar ke syarikat telekomunikasi dan anda bolehlah bersedia untuk menjawab SMS Pengesahan dalam tempoh yang diberikan apabila anda menerimanya.

11. Setelah anda berjaya menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan, biasanya proses perpindahan nombor ini akan mengambil masa kurang daripada 48 jam.

12. Apabila anda dapati simkad lama anda sudah tidak boleh digunakan lagi, ini bermakna proses perpindahan tersebut sudah pun berjaya.

13. Anda boleh mengambil simkad Tonewow dan masukkan kedalam telefon, dan anda akan dapati simkad Tonewow anda ini telah pun membawa nombor lama anda.

14. Sekarang anda sudah sah sebagai pengguna simkad tonewow yang akan menggunakan topup daripada Digi.

15. Perlu diingatkan, didalam tempoh perpindah 48 jam ini, biasanya pegawai daripada syarikat telekomunikasi anda akan menalifon anda dan membuat perbagai tawaran menarik supaya anda tidak jadi untuk berpindah ke Tonewow.

16. Jika ini berlaku, saya berharap yang anda tegas dengan mereka dan beritahu yang anda telah buat keputusan untuk memindahkan nombor anda ke syarikat Tonewow.

17. Tetapi sekiranya anda bersetuju dengan janji yang diberikan oleh mereka, maka mereka akan membatalkan permohonan anda untuk memindahkan nombor tersebut ke Tonewow.

18. Akibatnya, nombor anda gagal dipindahkan ke Tonewow. Maka anda tidak dapat menjadi pengguna simkad Tonewow ini dan yang paling rugi anda terlepas untuk buat bisnes ini.

19. Diingatkan kebanyakkan janji yang diberikan hanyalah kelebihan data, pakej yang murah, ulimited call atau unlimited data, tetapi tidak pernah ada syarikat telekomunikasi memberikan peluang kepada penggunanya untuk dapat duit, kecuali Tonewow sahaja.

20. Jadi saya rasa anda telah buat keputusan yang terbaik untuk menjalankan bisnes ini dan seterusnya untuk mendapat komisyen setiap bulan berbanding untuk mendapat ulimited data, unlimited call.

21. Sebab dengan duit kita boleh beli bermacam2 barangan seperti beli beras pun dapat, tapi kalau anda banyak kredit atau ada unlimited data, rasanya ia tidak boleh digunakan untuk membeli beras di kedai.

22. Selepas 48 jam, berjaya atau tidak permohonan anda, tolong beritahu saya semula supaya saya dapat membantu anda untuk langkah seterusnya.

23. Selepas anda berjaya mengekalkan nombor lama ini, sila rujuk website ini untuk cara yang betul menggunakan simkad tonewow ini. Lihat di www.panduantw.com

24. Dibawah ini saya berikan contoh2 SMS Pengesahan yang dihantar dari syarikat telekomunikasi dan juga cara untuk anda menjawab SMS tersebut.

Maxis

Jika anda pengguna Maxis anda akan menerima SMS seperti dibawah ini.

panduantw.com
SMS didalam Bahasa Inggeris;
"Pls confirm yr request to leave Maxis, reply YES or N before 2019-04-25:23:44"

Maknanya dalam Bahasa Malaysia;
"Tolong sahkan permohonan anda untuk meninggalkan Maxis, sila jawab YES atau N sebelum 2019-04-25: Jam 11.44 malam"

Arahan dan Tindakan untuk anda ambil:
Anda perlu balas (reply) YES sahaja. Semua huruf besar.

Celcom

Jika anda pengguna Celcom anda akan menerima SMS seperti dibawah ini.

panduantw.com
SMS didalam Bahasa Inggeris;
"Hello, apa khabar? Please confirm your request switch to another network. Reply YES or NO before 16/02/2017 23:37:50 Thank you. Sincerely Celcom"

Maknanya dalam Bahasa Malaysia;
"Hello, apa khabar? Tolong sahkan permohonan anda untuk bertukar kepada rangkaian yang lain. Jawan YES atau NO sebelum 16/02/2017 11:37 malam. Terima Kasih. Ikhlas dari Celcom "

Arahan dan Tindakan untuk anda ambil:
Anda perlu balas (reply) YES sahaja. Semua huruf besar.

XOX/OneXOX

Jika anda pengguna XOX/OneXOX anda akan menerima SMS seperti dibawah ini.

panduantw.com
SMS didalam Bahasa Inggeris;
"Your request to leave XOX Mobie received, reply YES to proceed/ NO to cancel. Request will be cancelled if no reply by 16:08:09 09/05/2019."

Maknanya dalam Bahasa Malaysia;
"Permohonan anda untuk meninggalkan XOX Mobile telah diterima, sila balas YES untuk meneruskan/ NO untul membatalkan. Permohonan ini akan dibatalkan sekiranya tiada balasan sehingga 4:08 petang 09/05/2019."

Arahan dan Tindakan untuk anda ambil:
Anda perlu balas (reply) YES sahaja. Semua huruf besar.

TuneTalk

Jika anda pengguna TuneTalk anda akan menerima SMS seperti dibawah ini.

panduantw.com
SMS didalam Bahasa Inggeris;
"Pls confirm your request to leave Tune Talk, reply Y or N before Tue Aug 04 02:29:59 MYT 2015 and send it to 2233"

Maknanya dalam Bahasa Malaysia;
"Tolong sahkan permohonan anda untuk meninggalkan Tune Talk, balas Y atau N sebelum Selasa Ogos 2;29 pagi MYT(Masa di Malaysia) 2015 dan hantarkan ke 2233"

Arahan dan Tindakan untuk anda ambil:
JANGAN reply daripada SMS yang dihantar, tetapi anda kena buka message SMS baru. Taipkan Y sahaja dan hantarkan ke 2233

U-Mobile

Jika anda pengguna U-Mobile anda akan menerima SMS seperti dibawah ini.

panduantw.com
SMS didalam Bahasa Inggeris;
"Please confirm your request to leave U Mobile. Reply YES or N before 07/04/2016 09:28"

Maknanya dalam Bahasa Malaysia;
"Tolong sahkan permohonan anda untuk meninggalkan U Mobile. Balas YES atau N sebelum 07/04/2016 9:28 pagi"

Arahan dan Tindakan untuk anda ambil:
Anda perlu balas (reply) YES sahaja. Semua huruf besar.

Redone

Jika anda pengguna TuneTalk anda akan menerima SMS seperti dibawah ini.

panduantw.com
SMS didalam Bahasa Inggeris;
"RM0 redONE: Please confirm your request to leave redONE, reply MNP Yes or MNP No before 2019/06/03 15:23:03 and send it to 23388."

Maknanya dalam Bahasa Malaysia;
"RM0 redONE: Tolong sahkan permohonan anda untuk meninggalkan redONE, balas MNP Yes atau MNP No sebelum 2019/06/03 15:23:03 dan hantarkan jawapan itu ke 23388"

Arahan dan Tindakan untuk anda ambil:
JANGAN reply daripada SMS yang dihantar, tetapi anda kena buka message SMS baru. Taipkan MNP Yes sahaja dan hantarkan ke 23388

Telco yang lain.

Jika anda pengguna telefon dari telco selain daripada yang saya tunjukkan diatas, anda perlu baca betul2 SMS pengesahan yang dihantar oleh telco lama anda, dan JAWAB DENGAN TEPAT mengikut arahan yang diberikan dalam tempoh waktu yang mereka tetapkan.


Klik disini untuk kembali ke:
Panduan Pengguna Simkad ToneWOW.
Panduan Pengedar Simkad Tonewow.