Panduan Pengedar Simkad ToneWoW

panduantw.com
Kandungan
Kelebihan bisnes Tonewow

Modal yang kecil.
Untuk memulakan bisnes tonewow ini anda hanya perlukan modal yang kecil sahaja berbanding daripada bisnes2 yang lain. Cuba anda fikirkan, jika anda ingin memulakan perniagaan restoran, kedai runcit atau pun buka stesen minyak, agak2 berapa modal yang diperlukan? RM50,000 atau RM100,000 cukup atau tidak?

Betul, kadang2 tak cukup duit sebanyak itu. Malahan nak buka kedai burger sekali pun, modalnya jauh lebih besar daripada nak buat bisnes tonewow ini. Tetapi didalam bisnes tonewow ini, disebabkan harga simkad hanyalah RM10 sahaja, kalau anda ada RM50 sahaja, maka anda dah boleh beli 5 keping simkad permulaan untuk diedarkan. Anda sudah boleh memulakan satu bisnes telekomunikasi anda sendiri.

Sesuai untuk semua.
Bisnes tonewow ini, siapa pun boleh jalankan, asalkan anda sudah menjadi pengguna simkad tonewow, automatik anda dah boleh jalankan bisnes ini. Anda juga tidak memerlukan ijazah, diploma, tidak memerlukan nama yang glamor, tidak memerlukan pangkat, tidak memerlukan kawan yang ramai, tidak memerlukan kenderaan yang mewah, tidak memerlukan rumah banglo yang besar, tidak memerlukan kepetahan bercakap, tidak memerlukan mulut yang manis, hanya yang diperlukan adalah usaha promosi yang berterusan, dan kerja yang jujur, tidak tamak dan tidak menipu orang. Sapa2 boleh buat bisnes ini.

Topup Digi ada dijual dimana-mana dan tak perlu service.
Simkad tonewow menggunakan Topup Digi. Topup Digi ada dijual di seluruh Malaysia. Anda boleh topup RM3, RM5, RM10, RM30, RM50 atau RM100. Senang kata, apa jua nilai yang pelanggan anda ingin topup, ada dijual di luar sana.

Disebabkan topup Digi ada dijual di semua kedai, ia seolah-olah semua kedai di seluruh Malaysia tersebut jadi kedai anda. Pelanggan anda tak perlu jumpa anda untuk beli topup. Mereka boleh beli topup dimana2 kedai atau melalui onlne banking. Anda bukan penjual topup, anda adalah penjual simkad tonewow. Topup anda, orang lain tolong jualkan. Anda juga tidak perlu untuk mengingatkan mereka supaya topup setiap bulan kerana jika mereka menggunakan simkad tonewow ini sudah pasti mereka akan selalu topup. Tetapi jangan lupa, setiap kali pelanggan anda topup di luar sana, anda pula akan dapat komisyen sambil duduk rumah. Ini namanya duduk rumah dapat duit. Seolah-olah seluruh kedai yang menjual topup di Malaysia ini adalah kedai anda.

Setiap kali pelanggan anda topup di mana-mana sekali pun, Tonewow akan mengambil komisyen tersebut dan secara automatik komisyen itu dimasukkan terus ke dalam bank anda setiap 21hb. Dah kira macam gaji kedua atau pun pencen.

Apabila kita mendaftarkan seseorang, kita tidak perlu untuk mengingatkan mereka supaya maintain setiap bulan kerana jika mereka menggunakan phone sudah pasti mereka akan selalu topup. Yang bagusnya kalau mereka nak topup, mereka tidak perlu berjumpa anda. Kita bukan buat bisnes jual topup. Kalau nak topup mereka boleh buat dimana-mana kedai yang mereka mahu. Cuma yang pasti setiap kali mereka topup, anda akan dapat $$ komisyen, walau pun waktu itu anda sedang duduk rumah sekali pun.

Sesuai untuk dibuat bisnes sampingan.
Bisnes tonewow ini amat sesuai untuk dijalankan sebagai kerja sampingan. Ia tidak perlu mengganggu kerja utama anda.

Anda mungkin seorang guru, pegawai bank, pemandu teksi, pelajar kolej, pelajar universiti, kerja kilang, peniaga besar dan peniaga pasar malam. Yang pastinya ada dikelilingi oleh orang-orang yang menggunakan telefon. Cuma sekarang ini, mereka guna telefon, mereka topup, orang lain yang dapat untung. Apa salahnya anda tawarkan simkad tonewow ini pada mereka, dan bila mereka gunakan atau topup simkad mereka, anda akan dapat untung. Untuk menawarkan mereka menggunakan simkad tonewow ini bukannya satu perkara yang susah, anda tak perlu berhenti kerja semata-mata untuk menyuruh ahli keluarga anda sendiri menggunakannya.

Anda mungkin termasuk salah seorang yang sering tak cukup duit setiap bulan, tetapi tanpa anda sedari sebenarnya duit sentiasa berlegar-legar ditepi anda, hanya anda sahaja yang tak tahu cara nak ambil duit tersebut. Dan setiap bulanlah orang lain yang duduk jauh "merampas" duit itu daripada poket anda dan anda tidak dapat berbuat apa-apa. Yang lebih sedih, anda biarkan sahaja perkara itu berlaku setiap kali ahli keluarga anda topup simkad mereka. Anda pula terus melalui kehidupan yang susah tanpa mahu berbuat apa-apa. Sekarang ini anda sudah tahu caranya. Jadi jangan lagi biarkan orang lain mengambil keuntungan dari topup ahli keluarga anda. Itu duit anda. Jangan biarkan orang lain rampas duit daripada tangan anda.

Simkad adalah keperluan asas dan mempunyai market pengguna yang luas.
Siapakah bakal pelanggan anda untuk menggunakan simkad tonewow ini? Jawapannya, yang berkemungkinan menggunakan simkad tonewow ini adalah para pengguna telefon. Berapa ramaikah anggaran anda pengguna telefon di negara kita ini? Berpuluh-puluh juta orang. Jika anda renung dan fikirkan sejenak, sebenarnya anda telah menjumpai satu bisnes yang terletak betul2 diatas lubuk emas yang sangat luas dan tidak kehabisan. Bisnes tonewow ini mempunyai potensi memberikan komisyen yang sangat-sangat besar kepada anda.

Produk yang tidak membebankan.
Simkad adalah produk keperluan. Semua orang menggunakan handphone. Jadi samada kita ada pelanggan atau tidak, ia tidak mendatangkan apa-apa beban kepada kita. Jika sebelum ini pun memang kita membayar bil berpuluh atau beratus ringgit setiap bulan, maka sudah pasti kita tidak mempunyai masalah untuk topup pada simkad bisnes kita sendiri.

Tidak seperti sesetengah perniagaan MLM yang lain, setiap bulan anda kena buat maintain yang tinggi. Kadang-kala produk yang dibeli tidak digunakan, letak di tepi dinding, nak guna sayang, takut termakan modal, last2 produk tersebut expired, jual tidak, guna pun tidak. Ini sudah pasti ia akan menjadi beban kewangan kepada anda. Ia satu pembaziran.

Jual sekali untung berkali-kali.
Jika anda berjaya mendapatkan seorang pelanggan, katalah dia pakai simkad tonewow ini selama 6 bulan sahaja, mungkin dia juga telah topup sebanyak 6 kali, maka anda juga mendapat komisyen daripadanya sebanyak 6 kali. Selagi dia topup, selagi itulah anda dapat komisyen. Cuba anda bandingkan dengan bisnes2 yang ada sekarang ini. Bisnes lain, kebanyakkannya, jual sekali untung sekali. Contohnya anda menjual komputer, sekali jual sekali itulah sahaja anda dapat untung. Anda kena berusaha menjual komputer yang lain pula untuk mendapat untung. Pelanggan tersebut pun bukannya membeli komputer setiap bulan.

Contoh yang lain, katalah anda bawa teksi, hari anda boleh keluar bawa teksi dan ada penumpang, bolehlah anda dapat duit tambang. Apa kata hari tu anda tak bawak teksi, demam, tak boleh bangun. Rasa2nya ada tak penumpang semalam tiba2 datang ke rumah anda dan berikan duit tambang hanya disebabkan anda demam pada hari ini. Fikir-fikirkan lah.

Pendapatan pasif perlu ketika susah.
Tadi kita ambil contoh kalau pelanggan tersebut pakai simkad tonewow ini selama 6 bulan. Apa kata pelanggan tersebut pakai simkad tersebut sampai bila2, sampai bertahun-tahun lamanya. Jika itu berlaku, maknanya anda akan dapat komisyen setiap kali dia topup, dan selama mana dia gunakan simkad tersebut, maka selama itulah komisyen akan diperolehi. Inilah yang dinamakan pendapatan pasif.

Cuba anda renung seketika, katalah anda seorang pekerja awam atau swasta, dalam masa yang sama anda sudah menjalankan bisnes ini selama setahun secara sampingan, katalah komisyen anda sudah mencecah RM5,000. Tiba-tiba, satu perkara yang tidak diingin berlaku, anda eksiden ke, sakit ke, dibuang kerja ke, perkara yang menyebabkan anda tidak boleh meneruskan kerja anda sekarang. Agak2 anda boleh meneruskan kehidupan seperti biasa atau tidak? Anda boleh bayar duit kereta atau tidak? Anda boleh bayar duit sewa rumah atau tidak? Anda boleh bayar duit sekolah anak2 atau tidak? Kalau boleh, tahniah, anda sudah sediakan payung sebelum hujan. Tapi, kalau anda sendiri tak mahu fikir perkara tersebut, itu tanda2 yang anda belum bersedia untuk menghadapi hari yang tidak dijangka berlaku.

Nasihat saya, anda perlu bersedia dengan menjangka perkara yang tidak dijangka. Tapi jika anda sudah bersedia menerima ujian yang tidak dijangka, komisyen RM5,000 ini sekurang2nya dapat membantu anda meneruskan kehidupan seterusnya. Anda tak perlu bekerja lagi, kerana anda sudah penat meramaikan pelanggan anda sebelum ini. Sekarang anda hanya perlu menunggu komisyen setiap bulan apabila pelanggan anda yang sedia ada topup simkad mereka sahaja.

Saya yakin masih ramai diluar sana yang masih tidak puas hati dan tidak cukup dengan kewangan mereka, sering susah hati kerana asyik tak cukup duit, sering bergaduh suami isteri kerana tak cukup duit, dah buntu tak tahu nak buat apa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita tak puas hati dengan kehidupan sekarang. Sering meminjam ke sana ke mari. Berpuluh tahun bekerja, tapi bila melihat duit simpanan yang ada sekarang, perut mula rasa kecut. Asyik menghiburkan hati dengan duit EPF sahaja, sedangkan tiada siapa tahu samada umur kita sampai 55 atau tidak.

Saya yakin ramai orang diluar sana yang pergi kerja hanya kerana terpaksa bekerja, bukan kerana mereka gembira pergi kerja. Bukan kerana mereka gembira jumpa muka boss yang disayangi.

Cuma sekarang ini, saya nak ingatkan anda yang saya sedang berkongsi kepada anda satu peluang, satu pilihan, satu cara yang boleh menyelesaikan masalah kewangan anda, iaitu melalui pendapatan pasif.

Pendapatan boleh diwarisi.
Pendapatan didalam Tonewow boleh diwarisi dan juga diserahkan kepada sesiapa sahaja yang anda namakan sebagai pewaris, seperti ibubapa anda, isteri/suami, anak2, adik beradik, kekasih terang dan gelap, sahabat sejati, sesiapa sahaja. Contohnya, katakanlah komisyen anda sudah mencecah RM10,000 sebulan, tiba-tiba ajal anda sudah sampai, anda meninggal dunia, duit komisyen topup bulan hadapannya akan terus disalurkan kepada penama yang anda sendiri letakkan sebagai pewaris. Kalau bulan hadapannya, komisyen topup anda masih lagi RM10,000, kesemua duit komisyen itu akan diserahkan kepada pewaris anda. Selama mana seluruh pelanggan anda topup, selama itulah pewaris anda akan mendapat komisyen.

Satu lagi, untuk mewariskan komisyen anda ini tak semestinya menunggu anda mati, bila2 pun anda boleh pindahkan duit komisyen bulanan anda kepada siapa sahaja yang anda kehendaki.

Terbukti menghasilkan pendapatan tinggi.
Jika saya ingin kongsikan kepada anda senarai orang yang mendapat pendapatan yang tinggi, rasanya buku ini walaupun ada 1000 muka surat, rasanya tidak cukup untuk saya kongsikan semuanya.

Tetapi biarlah saya rumuskan sahaja.

Ada bekas guru di Rawang Selangor yang saya jumpa berpendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan, selepas menjalankan bisnes ini secara sampingan selama 2 tahun dan masih menerima komisyen sehingga ke hari ini.

Ada bekas mat-dispach di Kota Kinabalu, Sabah yang mempunyai pendapatan bulanan mencecah sehingga RM42,000 sebulan selepas 4 tahun menjalankan bisnes ini dan masih menerima komisyen sehingga ke hari ini.

Ada seorang Dato yang pernah mencapai pendapatan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit sebulan selepas beberapa tahun menjalankan bisnes ini dan masih menerima komisyen sehingga ke hari ini.

Ada seorang bekas pekerja kilang mencapai pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan sehingga ke hari ini. Dia menjalankan bisnes simkad ini semenjak tahun 2010 lagi. Saya pernah minta beliau berkongsi hasil menjalankan bisnes simkad ini secara sambilan. Ini yang dikongsikan oleh beliau.

panduantw.com
Ada ramai graduan universiti yang menerima pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan hingga ke hari ini, malahan mereka tidak pernah merasa pengalaman bekerja, kerana mereka menjalankan bisnes simkad ini semasa masih di universiti lagi. Apabila graduate, komisyen mereka sudah pun mencecah RM30,000 hingga RM40,000 sebulan. Kerja apa pun mereka dah tak mahu lagi. Jadilah mereka sebagai penganggur yang berijazah, tetapi mempunyai pendapatan seorang CEO.

Ada seorang doktor perubatan, mempunyai klinik sendiri di Johor, menjalankan bisnes simkad ini beberapa tahun secara sambilan. Pada awal tahun 2019, beliau dijemput oleh Tuhan, meninggal dunia kerana suatu penyakit. Sehingga sekarang 100% jumlah komisyen bulanannya disalurkan sepenuhnya kepada isteri beliau.

Terlalu ramai pengedar simkad tonewow ini yang diuji dengan penyakit dan menyebabkan mereka tidak dapat bekerja lagi. Ada yang diuji dengan penyakit kencing manis sehingga mata beliau kabur dan tidak boleh melihat lagi. Ada yang mengalami kemalangan yang sukar dan lama untuk sembuh, menyebabkan pergerakkan mereka amat2 terbatas. Ada yang sepanjang waktu nampak seperti sihat, tapi sekelip mata saya lihat mereka bertongkat, dipapah, diangkat, berkerusi roda.

Tapi bila saya berjumpa dan berbual dengan mereka, kesemuanya setiasa bersyukur kepada Tuhan kerana mereka ada pendapatan daripada komisyen bulanan didalam bisnes Tonewow ini. Dengan komisyen inilah mereka berupaya meneruskan kehidupan dengan serba sederhana.

Saya dapati, memang, buat bisnes tonewow ini tidak mempunyai standard dimata kebanyakkan orang lain. Tidaklah bertaraf lima bintang. Namanya pun bisnes part-time, bisnes sampingan.

Tetapi sekiranya anda susah dan tak ada duit pada suatu hari nanti, nak beli susu anak pun pening kepala, hutang keliling pinggang, beberapa kali dah tukar handphone kerana dikejar bank, dikejar along, kredit kad semuanya full, personal loan semuanya dah maxima, duit gaji kerja utama pun dah tak pernah cukup, apatah lagi ibubapa, dah lama sangat anda tak pernah beri duit pada mereka lagi, kadang2 beli beras pun dah mula pakai kilo, kereta dah berbulan tertunggak, roadtax dah lama meninggal dunia kerana tak mampu nak renew, kawan2 pun dah tak mau lagi bagi pinjam duit pada anda, waktu itulah, saya rasa anda akan sedar, betapa standard dan taraf lima bintang ini tidak akan datang untuk membantu anda. Malah untuk bertanya khabar sekali pun tak ada.

Tetapi sebenarnya bantuan daripada Tuhan sentiasa berada dekat dengan anda, cuma anda tak perasan sahaja. Jangan kata anda tiada rezeki, rezeki berlambak Tuhan taburkan kepada kita. Yang perlu kita tahu hanyalah cara untuk mengambilnya. Nasi depan mata sekali pun, kalau kita tak suap tuan-tuan, dia tak akan masuk kemulut.

Sebenarnya duit sentiasa berlegar2 disekeliling anda. Contohnya, bila anak anda topup, bila suami atau isteri anda topup, bila ibubapa anda topup, bila adik beradik anda topup, bila rakan sebilik anda topup, orang lain untung, orang yang tidak duduk serumah dengan anda untung, orang yang duduk jauh dengan anda untung, siapa mereka, contohnya seperti maxis yang untung, umobile yang untung, celcom yang untung, anda? Langsung tiada untung. Tetapi, sekarang anda dah tahu macamana nak ambil duit tersebut masuk kedalam bank akaun anda.

Jangan biarkan keuntungan tersebut keluar daripada rumah anda. Anda gunakan simkad tonewow ini terlebih dahulu, dan suruh semua ahli keluarga anda juga menggunakan simkad tonewow ini dan daftarkan mereka dibawah anda. Jadi diatas alasan-alasan tersebut, saya ingin memaksa anda untuk sekurang-kurangnya mencuba menggunakan simkad tonewow ini dan kemudian cuba menjalankan bisnes tonewow ini. Sebab terlalu banyak rezeki dan nikmat yang akan anda perolehi. Tetapi, katalah jika bisnes ini tidak menjadi atau tidak sesuai dengan anda sekali pun, apa sangat yang anda akan rugi? Tetapi, katalah ia menjadi dan anda berjaya mendapat komisyen puluhan ribu ringgit setiap bulan, apa yang akan terjadi dengan kehidupan anda? Agak2 berubah tak?

Maka dengan itu, jadilah pengedar simkad tonewow ini!

Gagal tak rugi, berjaya tak menyesal.


Kembali ke Menu

Pengedar Simkad Tonewow

Penerangan asas mengenai Pengedar Simkad Tonewow

Kelayakkan menjadi pengedar simkad.
Apabila anda sudah pun menjadi pengguna simkad tonewow ini, anda sudah layak secara automatik untuk menjadi pengedar simkad tonewow ini pada bila-bila masa sekali pun.

Cuma satu perkara yang perlu anda patuhi. Syarat untuk layak mendapat komisyen sekiranya anda sudah ada pelanggan yang didaftarkan dibawah anda, adalah anda sendiri kena topup minima RM30 setiap bulan. Samada anda nak topup sekali gus, atau sikit2, kedua2nya boleh. Tapi jumlah terkumpul dalam sebulan mestilah RM30.

Kerja sebagai pengedar simkad tonewow.
1. Anda perlu memahami cara penggunaan simkad tonewow ini. Untuk ulangkaji sila baca semula cara-cara menggunakan simkad ini di www.panduantw.com

2. Anda HANYA PERLU suruh ahli keluarga anda, sahabat2 anda menggunakan simkad tonewow ini dan daftarkan mereka dibawah anda. Mereka ini semuanya kita panggil sebagai Pengguna Anda.

Keuntungan yang diperolehi.
Setiap kali Pengguna Anda topup simkad tonewow mereka, anda akan mendapat komisyen sebanyak 6%.

Sekiranya Pengguna Anda juga menjadi pengedar simkad tonewow ini seperti anda, maka anda juga akan mendapat komisyen pada percen tertentu daripada jumlah topup group mereka.

Kesemua komisyen ini akan dikumpulkan setiap bulan, dan akan dimasukkan TERUS kedalam bank akaun anda pada bulan hadapannya.

Anda bayangkan, jika pelanggan anda tadi guna simkad tersebut selama 10 tahun, maka selama itulah anda akan dapat komisyen topup daripadanya setiap bulan.

Cuba lihat contoh dibawah ini:
panduantw.com

Katakanlah, sekiranya anda (U) mendaftarkan simkad tonewow ini kepada 3 orang ahli keluarga anda sahaja. Katalah kita berikan nama A,B dan C, ia dipanggil sebagai Pelanggan Anda atau Level-1. Anda sebenarnya boleh daftarkan seberapa ramai yang anda mahu, bukan 3 sahaja, ia tiada limit.

Setiap kali ABC topup, anda akan mendapat 6%. Contohnya, jika A topup di kedai sebanyak RM10, anda duduk dirumah dapat 60 sen.

Jadi untuk tinggikan lagi komisyen anda, maka ramaikanlah pelanggan anda. Jika ramai pelanggan anda, maka tinggilah jumlah topup mereka. Kalau jumlah topup tu besar, maka tinggilah komisyen anda.

Sekiranya salah seorang daripada pengguna anda, katalah A, juga berminat untuk buat bisnes tonewow ini, dan dia pun mendaftarkan 5 orang lah katakan, D,E,F,G dan H, ia dipangil Pelanggan si A atau pun Level ke-2 anda. Jika D topup sebanyak RM10 sahaja di kedai, A akan dapat 60 sen, anda tak pasal-pasal dapat 30 sen, sedangkan anda sendiri tak kenal siapa D. Siapa sahaja di Level-2 anda topup, anda akan dapat 3%.

Sekiranya G juga berminat menjadi pengedar simkad tonewow ini dan dia daftarkan 3 orang sahaja, K,L dan M, ia dipanggil Pengguna si G atau Level ke-3 anda. Jika M topup RM10 di kedai, G akan dapat 60 sen, A akan dapat 30 sen, anda tak pasal-pasal dapat RM1.10. Sebab, sesiapa sahaja di Level-3 anda topup, anda akan dapat 11%.

Jangan tanya saya kenapa Level-3 dapat lebih besar sehingga 11%. Itu strategi syarikat. Kita tak perlu ambil tahu. Tetapi yang lebih penting, tonewow tidak pernah menipu kita dari segi pembayaran komisyen selama hampir 10 tahun kewujudan mereka.

Anda akan dapat komisyen hingga ke Level-3 sahaja, tetapi setiap level adalah tiada limit. Maksudnya di Level-1, anda boleh menaja seberapa ramai yang anda mampu. Saya sendiri hanya ada 400 orang Pelanggan saya di Level-1, itu pun saya dapatkan mereka selama 2 tahun. Level-2 dan level-3 tak tahu berapa ramai. Itu pun dah boleh merasa total komisyen lebih RM14,000 tiap-tiap bulan. Siapa nak bagi tuan, 2 tahun kerja penat-penat menaja sehingga 400 orang, lepas tu, kita relaks sahaja menerima komisyen setiap bulan, kerana setiap bulan orang topup. Mana ada kerja, kalau kita berhenti majikan nak teruskan bayar gaji. Dan juga, jika kita meninggal dunia, komisyen ini juga akan tetap terus dibayar kepada waris kita, selagi masih ada orang topup handphone mereka. (Ada ke orang tak topup handphone mereka?)

panduantw.com

Syarat untuk mendapat komisyen topup sebanyak 6%, 3% dan 11% adalah, anda sendiri sebagai pengguna hendaklah top up sama atau lebih besar daripada RM30 setiap bulan. Jika anda top up kurang daripada RM30, anda tidak layak untuk mendapat komisyen topup pada bulan tersebut. Maksudnya di sini, sekiranya anda sudah ada pengguna di level 1,2 dan 3, apabila mereka topup, anda tidak akan dapat apa-apa komisyen pada bulan tersebut. Tapi jika bulan depannya ada topup sendiri topup lebih dari RM30 sebulan, maka komsiyen akan dimasukkan kedalam bank anda untuk bulan tersebut. Bulan yang ada miss topup, komisyennya tidak akan dikira lagi.

Sekiranya anda sendiri topup lebih daripada RM60, peratusan komisyen top up anda juga akan berubah. Bukan lagi 6%, 3%, 11% tetapi ia menjadi 10%, 3%, 13%. Iaitu Level-1 menjadi 10%, Level-2 tetap 3% dan Level-3 menjadi 13%. Banyak tu....

Sekiranya komisyen bulanan anda mencecah RM150 sahaja, maka anda bukan hanya dapat komisyen hingga level ke-3 sahaja, tetapi hingga level ke-4, 5, 6, 7 , 8, 9 hingga tiada limit.

Komisyen-komisyen ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda setiap 21hb bulan berikutnya. Asalkan komisyen tersebut melebihi RM30, Tonewow akan tranfer ke akaun anda, jika tak cukup, mereka akan simpan dan dibawa ke bulan hadapannya.

Lihat satu contoh di sini:
Apa akan terjadi jika anda berjaya menaja 10 orang di Level-1, dan Level-1 anda juga berjaya menaja 10 orang setiap seorang di Level-2 dan Level-2 anda juga berjaya menaja 10 orang setiap seorang di Level-3. Anggapkan setiap seorang to up RM30 setiap bulan.

Level-1 10 x RM30 x 6% = RM18
Level-2 10 x 10 x RM30 x 3% = RM90
Level-3 10 x 10 x 10 x RM30 x 11% = RM3300

Total RM 3,408.00

Komisyen anda pada bulan tersebut adalah RM3,408. Siapa nak bagi... tapi yang penting, agak-agaknya lah, bulan depan mereka akan topup lagi tak? Jawapannya pasti YA. Dan ini bermakna, bulan depannya anda akan dapat komisyen lagi, itulah yang akan terjadi kepada anda setiap bulan. Tiap-tiap bulan dapat komisyen. Kerja sekali, komisyen berkali-kali.

Kenaikkan pangkat berdasarkan komisyen bulanan anda.
Contoh sebelum ini saya berikan untuk komisyen yang berpangkat Normal Member. Didalam Tonewow, ada pangkat2 yang perlu anda naiki hingga ke puncak. Pangkat2 ini hanya boleh dinaiki berdasarkan komisyen topup bulanan anda.

Sebagai pengguna baru, anda diberi pangkat sebagai Lite Member.
* Apabila komisyen topup anda mencecah RM100 automatik anda dinaikkan pangkat ke Normal Member.
* Apabila komisyen topup anda mencecah RM150 automatik anda dinaikkan pangkat ke Junior Center.
* Apabila komisyen topup anda mencecah RM400 automatik anda dinaikkan pangkat ke Service Member.
* Apabila komisyen topup anda mencecah RM X,000 automatik anda dinaikkan pangkat ke Branch.
* Apabila komisyen topup anda mencecah RM XX,000 automatik anda dinaikkan pangkat ke Busines Partner dengan ditambah berbagai jenis bonus dan insentif lagi.
(Nilai X, belum diketahui lagi, kerana belum diputuskan oleh pengurusan ToneWoW).
Ada kemungkinan pangkat Senior Branch juga akan diwujudkan sebelum BP. (Itu ramalan saya sahaja).

Peratusan komisyen setiap pangkat adalah seperti yang ditunjukkan pada jadual dibawah ini.
(Semua ini adalah bergantung kepada keputusan dan ketetapan pihak pengurusan Tonewow dan ia boleh berubah pada bila-bila masa berdasarkan keperluan semasa).

panduantw.com


Kembali ke Menu

Jenis-jenis simkad ToneWOW

Terdapat beberapa jenis Simkad Tonewow:

1. Lite Pack (Lite Bernombor)
- Simkad ini berharga RM10 dipasaran, dan ia datang siap dengan nombornya sekali yang tertera di simkad tersebut.
- Kegunaan simkad ini adalah untuk didaftarkan kepada pengguna yang ingin menggunakan nombor baru.

2. Lite MNP.
- Simkad ini berharga RM10 dipasaran, dan ia datang tiada nombor.
- Kegunaan simkad ini adalah pelanggan baru yang ingin mengekalkan nombor lama mereka kedalam simkad tonewow.

3. Special-MNP.
- Simkad ini berharga RM10 dipasaran, dan ia datang tiada nombor.
- Kegunaan simkad ini adalah pelanggan tonewow yang sedia ada dan ingin mengekalkan nombor lama mereka kedalam simkad tonewow.

4. Biz-Pack Number.
- Simkad ini berharga RM100 dipasaran, dan ia datang siap dengan nombornya sekali yang tertera di simkad tersebut.
- Kegunaan simkad ini adalah untuk didaftarkan kepada pengguna yang ingin menggunakan nombor baru.
- Simkad ini berbagai kelebihan yang tidak diperolehi didalam Lite Pack.

5. Biz-Pack MNP.
- Simkad ini berharga RM100 dipasaran, dan ia datang tiada nombor.
- Kegunaan simkad ini adalah pelanggan baru yang ingin mengekalkan nombor lama mereka kedalam simkad tonewow.
- Simkad ini berbagai kelebihan yang tidak diperolehi didalam Lite MNP.

6. Replacement Card.
- Simkad ini berharga RM10 dipasaran
- Kegunaan simkad ini adalah menggantikan simkad Tonewow yang hilang dan untuk mendapatkan kembali nombor yang hilang itu.


Kembali ke Menu

Kemaskini Akaun Bank didalam member area.

Pastikan anda sudah memasukkan maklumat akaun bank anda kepada Tonewow supaya mereka dapat memasukkan komisyen anda terus kedalam bank anda.

Ini adalah cara untuk memasukkan no. akaun bank anda supaya ToneWOW dapat memmasukkan komisyen kepada anda setiap bulan apabila anda sudah ada pelanggan kemudian.

Daripada maklumat inilah baru tonewow dapat menyalurkan komisyen terus kedalam bank akaun anda. Jika maklumat bank akaun disini kosong atau maklumat tersebut salah, walaupun anda layak mendapat komisyen, duit tidak akan masuk kedalam akaun bank anda.

Pertama sekali anda kena pergi ke website www.tonewow.net

Klik Disini untuk Login ke website anda.

Gunakan IC/passport, klik di ToneExcel dan masukkan password yang anda gunakan sebelum ini di MyWoW Apps untuk login.

panduantw.com

* Lihat di My Profile dan scroll hingga ke bawah hingga jumpa bahagian Bank Account Information.
* Anda Klik dibahagian Update.
* Mereka akan menghantar OTP (One Time Password) kedalam handphone ToneWoW anda.
* Update bank dengan tepat.
* Jangan lupa SAVE.
* Selepas beberapa hari anda boleh check semula dan pastikan statusnya bertulis UPDATED.

panduantw.com


Kembali ke Menu

Install/Pasang aplikasi MyWOW.

Perkara pertama yang anda perlu sebelum memulakan aktiviti sebagai pengedar simkad tonewow adalah memasang aplikasi MyWOW.

Aplikasi Mywow inilah yang menyimpan data penting mengenai:

- Keahlian anda seperti nombor ID Tonewow anda.
- Maklumat mengenai nombor phone anda seperti tarikh tamat tempoh, baki kredit, baki data internet.
- Maklumat peribadi.
- Maklumat komisyen.
- dan yang paling penting, alat untuk mendaftarkan orang baru dibawah rangkaian anda.

Cara-cara untuk memasang aplikasi MyWOW ini.

1. Applikasi mywow ini boleh diperolehi melalui PlayStore atau AppleStore.
panduantw.com
panduantw.com
2. Taip perkataan Mywow dan Install (Pasang)
panduantw.com
3. Klik di applikasi mywow anda
panduantw.com
4. Masukkan IC anda (tanpa sengkang atau dash)
panduantw.com
Masukkan password anda.
- Untuk yang pertama kali masuk, apps akan terus meminta anda buatkan 6 digit password anda sendiri.

- Kalau yang pernah menggunakan simkad ToneExcel sebelum atau sekarang ini, masukkan password toneexcel anda.

- Kalau anda terlupa password, klik di Forget password dan anda kena pilih ke nombor mana password sementara akan dihantarkan.

5. Selepas anda berjaya login kedalamnya, ia akan keluar seperti ini, dan anda kena slide kebawah.
panduantw.com
6. Ia akan keluar seperti dibawah ini.
panduantw.com
Fungsi-fungsi butang tersebut:

A - Adalah no. ID anda. Kalau disitu ditulis TWE maka ia adalah id Tonewow anda. Jika ditulis M91-M- maka ia adalah id ToneExcel anda. Sangat penting untuk anda ingat no. id Tonewow anda, kerana jika anda ingin daftarkan orang baru, id anda akan diperlukan.

B - Anda kena slide ke kanan, sebab kadang seorang itu mereka banyak ID, lebih daripada satu ID.

C - Pangkat anda didalam Tonewow ini.
D - Nama Anda.
E - Geonology - Sekiranya anda sudah ada pelanggan / downline, anda boleh lihat maklumat mereka disitu.

F - Downline Dashboard - Ringkasan mengenai downline anda.
G - Incentive - Komisyen semasa anda.
H - Profile details - Maklumat peribadi anda.
J - Usage - Makluamt no.phone, baki kredit, baki data internet, baki Voice call dan tarikh tamat tempoh.

K - Registration - Disinilah tempat anda mendaftarkan orang baru.

L - WoWLet - Sesetengah kerja anda juga diberikan bonus tambahan dalam bentuk point wowlet. Point2 disini boleh digunakan untuk membeli topup kedalam handphone anda atau kedalam handphone orang lain. Satu point bersamaan nilai RM1.Contohnya, setiap kali anda mendaftarkan orang baru, anda juga diberikan bonus dalam bentuk point wowlet.


Kembali ke Menu

Pengetahuan asas kekal nombor lama (MNP).

Pengetahuan asas sebelum proses kekal nombor lama.
Mobile Number Portability (MNP) maknanya nombor telefon yang boleh dipindah2kan. Kita pula selalu sebut proses kekal nombor lama.

Untuk memindahkan nombor dari syarikat telekomunikasi lain (Telco) kedalam simkad tonewow, pelanggan anda perlu mematuhi beberapa perkara asas. Jika perkara ini tidak dipenuhi, maka proses kekal nombor lama akan gagal atau ditolak atau reject.

Jika pengguna anda tadi menggunakan simkad PREPAID daripada telco lain,
1. Nama & No IC / Passport mestilah SAMA. Dengan kata lain, simkad telco tersebut dulu didaftarkan menggunakan IC dia sendiri.
2. Kredit belum expired
3. ADA Kredit min RM 3.00 (jgn tinggal RM 0).
4. Kalau guna Celcom, sudah guna selama 3 bulan ke atas.
5. Kalau guna Maxis / Tunetalk / Umobile / ToneExcel / TonePlus dah guna selama 1 bulan ke atas.
6. Kalau guna XOX / Altel, dah guna selama 1 minggu ke atas.
7. TIADA HUTANG dengan telco lama seperti SOS TOPUP dan sebagainya. Sekiranya ada hutang, mesti diselesaikan terlebih dahulu.

Jika pengguna anda tadi menggunakan simkad POSTPAID (jenis bayar bil setiap bulan) daripada telco lain,
1. Nama & No IC mesti SAMA .
2. BIL yg sudah keluar WAJIB jelaskan dahulu Walaupun 1 sen. (Jangan ada hutang walaupun 1 sen)
3. TIADA Supplement / Principle number.

Dan pesan kepada pelanggan tersebut, jika kekalkan nombor lama pospaid ini berjaya, simkad dia akan jadi simkad prepaid dan dia kena topup. Tiada lagi bayar2 bil setiap bulan.

Jika simkad dia ada supplementary, maknanya satu akaun ada beberapa orang pakai nombor yang lain, dia kena asingkan menjadi priciple number, iaitu perlu satu akaun satu nombor sahaja, barulah proses kekal nombor lama tidak akan ditolak.

Sekiranya pelanggan anda tidak pasti atau tidak ingat simkad yang dia gunakan itu didaftarkan atas IC siapa, dia boleh check terlebih dahulu dengan telco masing-masing.

CELCOM
Cara 1 (SMS)
-Taip CHECK ID NO. Kad Pengenalan dan hantar ke 22099
-Contoh :- CHECK ID 890101081234

Cara 2 (CALL)
-Celcom Centre - 1300111000

MAXIS
Cara 1 (SMS)
-Taip NO. Kad Pengenalan dan hantar ke 22011
-Contoh :- 890101081234

Cara 2 (CALL)
-Call Centre - 1800821123

U-MOBILE
Cara 1 (SMS)
-Taip VERIFY NO. Kad Pengenalan dan hantar ke 28011
-Contoh :- VERIFY 890101081234

Cara 2 (CALL)
-U-Mobile Centre - 0183881318

TUNETALK
CALL CENTRE - 0105000969

ONEXOX
CALL CENTRE - 12273

Jika sudah sah yang simkad/nombor tersebut didaftarkan dengan menggunakan IC dia, barulah anda boleh memulakan proses permohonan kekal nombor lama.

Jenis simkad yang sesuai untuk MNP ini.

Simkad Lite MNP adalah simkad yang dikhususkan untuk pengguna yang belum ada akaun tonewow lagi.
Simkad Special-MNP adalah simkad yang dikhususkan untuk pengguna yang sudah ada akaun tonewow.


Kembali ke Menu

Pendaftaran Kekal Nombor Lama - Pengguna baru.

Cara-cara mendaftarkan orang baru yang ingin menggunakan simkad tonewow dan ingin mengekalkan nombor lama.
Terdapat 2 kes disini.

Kes Pertama: Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain, seperti Maxis, Celcom, TuneTalk, U-Mobile dll.(Tidak termasuk Digi)

Kes Kedua: Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor ToneExcel mereka. Yang ini tak boleh didaftarkan dibawah anda. Mereka akan kekal dibawah rangkaian asal mereka.

Kes Pertama: Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain

Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah simkad tonewow - Lite Pack (MNP).

2. Pastikan anda salin dahulu
a) no. SN iaitu 11 nombor terakhir yang terdapat di belakang simkad Lite Pack (MNP).
b) PUK simkad iaitu 8 nombor PUK yang juga ada di belakang simkad Lite Pack (MNP).
c) Nombor lama dan syarikat telekomunikasi lama beliau.

3. Kemudian, ambil gambar IC pelanggan anda secara menegak seperti di bawah ini. Pasti gambar kelihatan jelas no. ic, nama penuh dan alamat penuh, jangan ada silau.
panduantw.com
4. Buka applikasi Mywow anda dan klik di Registration.
panduantw.com
5. Selepas itu, klik dibahagian Register
panduantw.com
6. Selepas itu, klik terus di Gallery
panduantw.com
7. Pilih gambar IC pelanggan anda yang mula2 anda ambil tadi.
panduantw.com
8. Adjust bucu putih hingga ke bucu gambar IC tersebut, selepas itu klik 'tanda right'.
panduantw.com
9. Selepas itu klik 'Send OCR'
panduantw.com
10. Sila periksa betul-betul nombor IC yang diberikan, jika betul barulah anda klik CONFIRM
panduantw.com
11. Dibahagian ini, sila lihat di SEMUA bahagian bertanda * sahaja.
panduantw.com
- Terutama Fullname* jika tidak betul, anda boleh betulkan disitu.

- Dibahagian email* jika anda tidak tahu email pelanggan anda, isikan sahaja dengan Na@gmail.com

- Jika ada pemberitahuan yang poskod adalah 'Invalid Poscode', ubah poskod kepada tempat yang berhampiran, sehingga keluar sendiri dibahagian Town* dan State*.

- Utk bahagian Billing Address anda boleh klik 2 kali di bahagian Use document address

- Selepas itu anda klik Next.

12. Selepas itu, ia akan keluar seperti dibawah ini.
panduantw.com
- Dibahagian SIM Serial number* masukkan 11 digit terakhir serial number yang diambil daripada belakang simkad Lite MNP. Selepas itu klik 2 kali dibahagian Verify SIM Serial sehingga keluar perkataan LITE Pack (MNP)

- Jika keluar selain daripada LITE Pack (MNP) ini bermakna anda menggunakan simkad yang salah.

- SIM PUK* juga diperolehi di belakang simkad Lite MNP anda.

- Tolak button berwarna Hijau ke kenan.

- Mobile number (For Mobile Number Port-IN) dengan nombor lama yg ingin dikekalkan.

- Current Service Provider adalah line lama yg digunakan seperti Maxis/Celcom dll. Didalam contoh ini katalah pelanggan anda menggunakan line Maxis.

- Di bahagian Promoter Information masukkan no. id Tonewow TWE anda, kemudian klik 2 kali dibahagian Check sehingga keluar nama anda.

- Jika tidak keluar nama anda, ini bermakna anda telah memasukkan nombor id yang salah, masukkan semula id anda yang betul.

- Selepas tu anda klik Next.

13. Dibahagian ini anda tidak perlu isi apa2, terus sahaja klik Next.
panduantw.com
14. Dibahagian ini, anda hanya tolak kedua2 button berwarna hijau ke kanan dan klik Register
panduantw.com
15. Sehinggalah keluar penyataan seperti dibawah ini.
panduantw.com
16. Bila sampai ketahap ini barulah anda serahkan simkad tersebut pelanggan anda.

17. Terangkan kepada pelanggan anda, tidak lama lagi syarikat telekomunikasi lama mereka akan menghantar satu SMS yang dipanggil SMS Pengesahan kedalam simkad lama mereka untuk mengesahkan yang pelanggan itu benar2 ingin berpindah kepada ToneWOW.

18. Pesan kepada pelanggan anda yang dia kena menjawab seperti arahan SMS tersebut dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

19. Panduan cara menjawab SMS Pengesahan ada diberikan disini. Panduan Pengguna untuk Kekal Nombor Lama. SMS Pengesahan

20. Selepas 2 hari, anda perlu hubungi semula pelanggan anda ini dan periksa samada permohonan kekal nombor lama berjaya atau tidak.

21. Jika permohonan gagal, anda perlu mengetahui sebabnya. Jika disebabkan pelanggan tersebut terlambat untuk menjawab semula SMS yang dihantar oleh Syarikat Telekomunikasi mereka, maka anda perlu memohon semula menggunakan applikasi Mywow anda. Maklumat SN, PUK dan gambar IC telah pun anda ambil diperingkat awal.

22. Jika permohonan beliau gagal, anda boleh tolong check sebab apa permohonan tersebut gagal.

Caranya :
panduantw.com
Masukkan nombor lama pelanggan anda tersebut di ruangan dibawah ini, dan klik di Search MNP Status 2 kali.
panduantw.com
Dibawah ini merupakan contoh2 error yang akan keluar;
panduantw.com
23. Lihat kepada error yang keluar, contoh diatas error code-nya adalah SP55. Sila rujuk dibahagian seterusnya untuk memahami tentang error2 code.


Kes Kedua: Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor ToneExcel mereka.

Kes ini, mereka ini tidak boleh didaftarkan dibawah anda. Mereka akan tetap akan kekal dibawah rangkaian lama mereka. Lebih elok suruh mereka buat sendiri. Cara2nya seperti dibawah ini.

Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah Simkad Lite MNP.

2. Ambil gambar IC anda secara menegak seperti di bawah ini terlebih dahulu menggunakan telefon. Pasti gambar kelihatan jelas no. ic, nama penuh dan alamat penuh, jangan ada silau.
panduantw.com
3. Install applikasi mywow melalui play store.
panduantw.com
4. Masukkan no. IC anda tanpa sengkang atau dash.
panduantw.com
5. Masukkan password toneexcel anda.
panduantw.com
6. Klik di Registration
panduantw.com
7. Klik di HIWOW
panduantw.com
8. Klik di Gallery
panduantw.com
9. Pilih gambar IC anda yang telah anda ambil sebelum ini. Adjust bucu ke bucu dan klik simbol Right.
panduantw.com
10. Klik di send OCR
panduantw.com
11. Klik NEXT
panduantw.com
12. Klik anak panah kecil di sebelah kanan.
panduantw.com
13. Pastikan anda pilih ID M91-M-xxxxxx yang bersesuaian dengan nombor toneexcel yang ingin anda kekalkan. Kemudian klik NEXT.
panduantw.com
14. Masukkan 11 terakhir nombor SIM serial number dan nombor SIM PUK yang berada dibelakang simkad Lite MNP anda. Klik Verify SIM Serial dua kali, dan pastikan keluar perkataan LITE Pack (MNP).

15. Jika keluar selain daripada itu, bermakna anda menggunakan simkad yang salah.

16. Tolak butang hijau MNP kekanan dan klik Request OTP.

17. OTP - One Time Password adalah password yang dihantar melalui SMS kedalam handphone yang yang ingin dikekalkan nombor lamanya. Password ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.
panduantw.com
18. Apabila anda terima sahaja OTP melalui SMS, masukkan nombor OTP* kemudian tolak kedua-dua butang hijau kesebelah kanan dan Klik Confirm and Submit.
panduantw.com
19. Apabila permohonan anda berjaya, ini bermakna Tonewow/Digi telah menghantar permohonan anda ke TuneTalk.

Tidak lama lagi tunetalk mereka akan menghantar satu SMS yang dipanggil SMS Pengesahan kedalam simkad toneexcel anda untuk mengesahkan yang anda benar2 ingin berpindah kepada ToneWOW.

Pastikan anda menjawab seperti arahan SMS tersebut dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

20. Contoh sms yang akan anda terima:
panduantw.com
SMS didalam Bahasa Inggeris;
"Pls confirm your request to leave Tune Talk, reply Y or N before Tue Aug 04 02:29:59 MYT 2015 and send it to 2233"

Maknanya dalam Bahasa Malaysia;
"Tolong sahkan permohonan anda untuk meninggalkan Tune Talk, balas Y atau N sebelum Selasa Ogos 2;29 pagi MYT(Masa di Malaysia) 2015 dan hantarkan ke 2233"

21. Arahan dan Tindakan untuk anda ambil:
JANGAN reply daripada SMS yang dihantar, tetapi anda kena buka message SMS baru. Taipkan Y sahaja dan hantarkan ke 2233.

22. Selepas anda hantar Y ke 2233, tunggulah sehingga simkad toneexcel anda tidak boleh digunakan lagi.

23. Bila simkad toneexcel anda tidak boleh digunakan lagi, barulah anda masukkan simkad tonewow lite MNP tersebut dan sekarang simkad tersebut telah pun menggunakan nombor lama toneexcel anda.

24. Anda juga masih mengekalkan nombor ID lama anda, cuma dihadapannya sahaja berubah daripada M91-M kepada TWE. Jika di toneexcel dahulu anda sudah ada komisyen, anda tetap akan dapat komisyen seperti biasa.

25. Jika anda sibuk tidak sempat untuk reply Y ke 2233 dalam tempoh yang ditetapkan, tak mengapa, anda hanya perlu ulang semula proses permohonan ini daripada awal.


Kembali ke Menu

Pendaftaran Kekal Nombor Lama - Pengguna tonewow.

Cara-cara untuk mengekalkan nombor lama bagi pengguna simkad tonewow yang sedia ada.

Terdapat 2 kes disini.
Kes Pertama: Pengguna Tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain, seperti Maxis, Celcom, TuneTalk, U-Mobile dll. (Tidak termasuk Digi)

Kes Kedua: Pengguna Tonewow yang ingin mengekalkan nombor ToneExcel mereka.

Kes Pertama: Pengguna Tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain.
Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah Simkad Special MNP.

2. Pastikan anda salin dahulu.
a) no. SN iaitu 11 nombor terakhir yang terdapat di belakang simkad Lite Pack (MNP).
b) PUK simkad iaitu 8 nombor PUK yang juga ada di belakang simkad Lite Pack (MNP).
c) Nombor lama dan syarikat telekomunikasi lama beliau.

3. Masuk kedalam applikasi Mywow anda, klik di Registration dan kemudian di ToneWOW MNP Submission.
panduantw.com
4. Dibahagian ini, masukkan ID tonewow pelanggan anda, dan klik Check 2 kali. panduantw.com
5. Pilih Current Service Provider - Iaitu telko/line yang digunakan sekarang.
6. Masukkan Phone Number* iaitu nombor lama yang ingin dikekalkan.
7. Masukkan SN dan PUK dari Simkad Special -MNP.
8. Klik Submit MNP Now.
9. Klik ok pada pengesahan.
panduantw.com
panduantw.com
10. Apabila selesai, pesan kepada pelanggan anda yang dia tidak lama lagi akan menerima satu SMS daripada telko lama dia. Jawab SMS tersebut seperti yang diarahkan.

11. Suruh mereka rujuk cara-cara menjawab SMS pengesahan di www.panduantw.com/sms

12. Apabila berjaya perpindahan nombor lama ke simkad special-mnp tersebut, maka simkad Special-MNP ini akan jadi simkad utama (primary) dan simkad tonewow asalnya yang lama akan menjadi simkad kedua (Secondary).

13. Didalam tonewow, JAGA !, jangan sampai simkad primary expired. Jika expired, seluruh akaun akan jadi expired, sampai komisyen pun akan hangus.

14. Simkad secondry, semuanya ok, nak terus guna pun ok, dan expired kan pun ok, nak buang terus pun ok, tiada masalah, ia tidak mengganggu akaun toneow anda, id TWE-xxxxx tetap akan hidup, dan komisyen kalau ada, tetap akan dapat.


Kes Kedua:
1. Dia sudah ada simkad tonewow bernombor, dulu dia buat HIWOW bernombor dan dia juga sudah ada akaun tunetalk/toneexcel. Kedua-dua nombor ini hanya menggunakan satu id sahaja, katalah id nya adalah TWE-xxxxx.

2. Katalah dalam toneexcel dan dalam tonewow, kedua2nya dia sudah dapat komisyen setiap bulan.

3. Tiba-tiba dia nak kekal nombor tunetalk/ToneExcel dia kedalam simkad Tonewow. Dia dah tak mahu lagi gunakan simkad tonewow bernombor tu.

4. Simkad yang perlu anda gunakan adalah Simkad Special MNP.

5. Masuk kedalam applikasi Mywow anda, klik di Registration dan kemudian di ToneWOW MNP Submission.
panduantw.com
6. Dibahagian ini, masukkan ID tonewow pelanggan anda, dan klik Check 2 kali. panduantw.com
7. Pilih Current Service Provider - Iaitu TUNETALK.
8. Masukkan Phone Number* iaitu nombor lama yang ingin dikekalkan.
9. Masukkan SN dan PUK dari Simkad Special -MNP.
10. Klik Submit MNP Now.
11. Klik ok pada pengesahan.
12. Apabila selesai, pesan kepada pelanggan anda yang dia tidak lama lagi akan menerima satu SMS daripada TUNETALK. Ikut betul-betul arahan dalam SMS tu. Kalau tak salah saya, dulu cara menjawabnya, hantar satu message Y sahaja ke nombor 2233. Bukan dengan reply SMS tu, tetapi hantar ke nombor 2233.

13. Kalau mereka terlupa, suruh mereka rujuk cara-cara menjawab SMS pengesahan di www.panduantw.com/sms

14. Apabila berjaya perpindahan nombor lama ke simkad special-mnp tersebut, maka simkad Special-MNP ini akan jadi simkad utama (primary) dan simkad tonewow bernombornya yang lama akan menjadi simkad kedua (Secondary).

15. Didalam tonewow, JAGA !, jangan sampai simkad primary expired. Jika expired, seluruh akaun akan jadi expired, sampai komisyen pun akan hangus.

16. Simkad secondry, semuanya ok, nak terus guna pun ok, dan expired kan pun ok, nak buang terus pun ok, tiada masalah, ia tidak mengganggu akaun toneow anda, id TWE-xxxxx tetap akan hidup, dan komisyen dari kedua-duanya kalau ada, tetap akan dapat.


Kembali ke Menu

Pendaftaran Nombor Baru

Cara mendaftarkan pengguna tonewow baru yang ingin menggunakan simkad Tonewow bernombor baru.

Terdapat 2 kes disini.
Kes Pertama: Pengguna baru yang ingin menggunakan simkad Tonewow bernombor baru.
Kes Kedua: Ahli/pengguna ToneExcel yang ingin menggunakan simkad Tonewow bernombor baru.

Kes Pertama: Pengguna baru yang ingin menggunakan simkad Tonewow bernombor baru.
Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah simkad tonewow - Lite Pack (Bernombor).

2. Ambil gambar IC secara menegak terlebih dahulu, no. SN dan juga no. PUK.

3. Buka Aplikasi MyWoW dan login menggunakan IC anda. Apabila sudah berjaya masuk, klik di Registration.
panduantw.com
4. Kemudian Klik di Register dan diikuti Gallery
panduantw.com
5. Klik di gambar IC pelanggan anda. Adjust kedua2 bucu graf sehingga bucu gambar IC.
panduantw.com
6. Selepas itu, klik di tanda Right dan seterusnya klik di Send OCR
panduantw.com
7. Pastikan No. IC betul.
Nama kalau salah boleh dibetulkan kemudian.
Isikan semua bahagian yang bertanda *.
Jika pelanggan anda tiada email, isikan sahaja dengan NA@gmail.com
Bila selesai semua, klik NEXT.

panduantw.com
8. Isikan SIM Serial number* yang diambil daripada belakang simkad ToneWOW. Ambil nombor 11 digit terakhir (Daripada belakang).
Selepas itu klik di Verify SIM Serial, sehingga ia keluar perkataan LITE Pack

panduantw.com
9. Isikan SIM PUK* juga diambil daripada belakang simkad tonewow.
Isikan id ANDA diruangan TWE - dan klik di Check.
Pastikan keluar nama anda. Selepas itu klik NEXT

panduantw.com
Bahagian ini tak perlu isi apa2, ia boleh disini kemudian. Terus Klik NEXT.
Selepas itu tolak kedua2 butang itu ke kanan. Akhir sekali Klik di REGISTER.

10. Jika keluar seperti ini, ini bermakna pendaftaran pengguna baru anda telah berjaya.
- Anda sudah boleh menyerahkan simkad tersebut kepada pelanggan anda.
panduantw.com


Kes Kedua: Ahli/pengguna ToneExcel yang ingin menggunakan simkad Tonewow bernombor baru.
Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah simkad tonewow - Lite Pack (Bernombor).

2. Seperti biasa, ambil gambar, no. SN dan no. PUK.

3. Login kedalam mywow, klik di Registration, klik di HiWOW.
panduantw.com
4. Klik di Gallery, masukkan gambar, adjust Send OCR, hingga keluar page ini dan Klik anak panah kecil di sebelah kanan. Kemudian pilih id toneexcel yang ingin dipasangkan dengan nombor tonewow bernombor ini.
panduantw.com
5. Masukkan no. SN dan PUK, Klik di Verify SIM Serial dan pastikan keluar perkataan LITE Pack.. Seterusnya klik di Request OTP.
panduantw.com
6. Masukkan OTP yang diterima didalam SMS no. toneexcel anda, tolak kedua butang hijau kekanan dan klik di Confirm and Submit.
panduantw.com
7. Apabila pendaftaran berjaya sahaja, id toneexcel yang lama contohnya M91-M-888888 akan bertukar dihadapannya menjadi TWE-888888.

8. Ini bermakna satu ID TWE-888888 mempunyai 2 nombor, iaitu nombor ToneExcel dan nombor Tonewow yang baru.

9. Sekarang ini simkad Tonewow akan menjadi simkad utama (Primary) dan simkad Toneexcel akan menjadi simkad kedua (Secondry)

10. Jaga topup simkad primary anda jangan sampai expired, kalau expired akaun anda akan expired. Anda akan hilang semua komisyen samada dalam toneexcel dan juga dalam tonewow.

11. Simkad secondry, tak mengapa. Nak guna terus pun ok, nak bagi expired pun ok, ia tidak mengganggu komisyen anda di toneexcel atau tonewow.


Kembali ke Menu

Contoh2 error semasa MNP dan cara membuat aduan ke SKMM

Contoh2 error yang ada.

SP10 - Nombor Kad pengenalan baru salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP11 - Nombor Kad pengenalan lama salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP12 - Nombor ID polis/tentera salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP13 - Nombor Passport salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP51 - Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal.
Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal)samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya Kontrak sudah di batalkan , Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP52 - Mempunyai akaun tertunggak.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP.

SP54 - Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada ( donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP55 - Nombor telah tiada perkhidmatan.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

SP56 - Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line).
Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) utk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula utk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP utk nombor tadi boleh di re-submit semula.

SP57 - Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan.
Remark/Resolution : Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP58 - sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama.
Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama ( Principal subscriber) atau sebagai .Pengguna individu.sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP59 - Melebihi had Kredit.
Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.

SP61 - NOMBOR PELANGGAN ADALAH dihentikan sementara.
Remark/Resolution : Semak status dengan pembekal perkhidmatan semasa, pastikan nombor mudah alih adalah aktif yang berkaitan, masih dalam tempoh sah topup / masih ada sekurang-kurangnya kredit masa siaran min RM1.

SP71 - User TIDAK atau LAMBAT membalas SMS pengesahan port out daripada syarikat telekomunikasi asal.
Remark/Resolution : Re-submit semula permohonan MNP tersebut dan pastikan user membalas sms pengesahan port out dengan kadar segera.

SP72 - User menjawab NO kepada SMS Pengesahan daripada syarikat telekomunikasi asal.
Remark/Resolution : Mohon buat semakan semula dgn pengguna dan submit semula.

- Jika sudah ikut semua syarat, tapi masih gagal nak kekal nombor lama, anda perlu bantu pelanggan anda untuk membuat aduan terus kepada SKMM/MCMC
KLIK DISINI - ADUAN MCMC.

Isikan borang seperti dibawah ini:
panduantw.com


Kembali ke Menu

Rumusan simkad, penggunaan dan status.

Rumusan simkad, penggunaan dan status:

panduantw.com
Untuk status:
Primary (Utama): Simkad dan nombor yang perlu dijaga, jangan sampai expired. Jika expired seluruh akaun termasuk akaun toneexcel (jika ada) akan expired. Komisyen pun akan hilang daripada kedua-duanya.

Secondry (Kedua): Semuanya ok, nak terus guna pun ok, dan expired kan pun ok, nak buang terus pun ok, tiada masalah, ia tidak mengganggu akaun toneow anda, id TWE-xxxxx tetap akan hidup, dan komisyen dari kedua-duanya (tonewow dan toneexcel) kalau ada, tetap akan dapat.

Jika anda masih kurang pasti, simkad anda yang mana satu primary atau secondry, masuk sahaja kedalam member area anda dan check di my profile. Disitu ada tulis tentang status simkad anda.

panduantw.com


Kembali ke Menu

Cara pembelian simkad ToneWoW

Anda memerlukan simkad ToneWoW untuk diedarkan. Ia dijual pada harga RM10 sekeping. Jadi untuk membeli bekalan simkad tonewow ini, terdapat beberapa cara:

1. Cuba tanya upline anda. Tanya dia, ada jual simkad tonewow atau tidak, beritahu dia berapa keping yang anda nak beli. Harga sekeping adalah RM10.

2. Jika anda tahu mana-mana Branch ToneWoW atau Service Centre ToneWoW yang berhampiran dengan tempat tinggal anda, maka anda juga boleh beli simkad tonewow ini daripada mereka.

panduantw.com

3. Anda juga boleh membeli melalui pos daripada GMA Telecommunications Sdn Bhd.

panduantw.com
1. Set Simkad ToneWoW BerNombor- LITE Pack
(Ia disertakan dengan Buku Panduan Pengguna).
Harga: RM10 satu set.
Minima pembelian: 5 unit.
(Sudah termasuk kos penghantaran).

2. Set Simkad ToneWoW MNP - LITE MNP
(Ia disertakan dengan Buku Panduan Pengguna dan Buku SMS Pengesahan).
Harga: RM10 satu set.
Minima pembelian: 5 unit.
(Sudah termasuk kos penghantaran).

3. Set Simkad Special-MNP
(Ia disertakan dengan Buku Panduan Pengguna dan Buku SMS Pengesahan).
Harga: RM10 satu set.
Minima pembelian: 5 unit.
(Sudah termasuk kos penghantaran).

panduantw.com
4. Buku Panduan Pengguna sahaja.
Harga: RM2 sekeping.
Minima pembelian: 20 unit.
(Sudah termasuk kos penghantaran).

Cara membeli: Bank-in kedalam akaun bank dibawah ini:
CIMB
7017409547 (Mazelan Abas)

MayBank
162526067564 (Mazelan Abas)

BSN
10126-29-00011530-9 (Mazelan Abas)

Bank Islam
03027020659627 (Nor Asiah Karib)

Lepas itu hantarkan maklumat2 dibawah ini melalui WASAP ke nombor 011-5907-5555:

1. Bukti pembelian
2. Nama penuh
3. Alamat penghantaran
4. Produk yang dibeli dan kuantitinya sekali.

* Kami akan menggunakan khidmat J&T Express.
* Bahagian penghantaran akan menghubungi anda semula dan memberikan no. tracking untuk rujukan anda.
* Nombor Hot Line J&T Express adalah 1300-80-9000
* Biasanya ia mengambil masa 2 ke 3 hari bekerja baru sampai kepada anda.
* Jika ada pertanyaan anda boleh menghubungi melalui WASAP ke nombor 011-5907-5555
.


Kembali ke Menu

Bantuan

Bantuan Teknikal ToneWoW (War Room)- Wasap 010-5129768
Mengenai line Tonewow, pakej2 yang ditawarkan, masalah MNP, Port-In, Kekal Nombor Lama.
Hantarkan wasap ke Bantuan Teknikal ToneWoW atau dikenali sebagai War Room ke nombor 010-512-9768

Talian Khidmat Pelanggan ToneWoW - Tel: 011-5900-0969
Mengenai Komisyen, mengenai masalah akaun bank, mengenai ID expired.
Itu boleh dianggap perkara urgent, anda terus telefon ke
Talian Khidmat Pelanggan ToneWoW - 011-5900-0969
Atau datang terus ke

ToneWoW-HQ dialamat:
B-G-1, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur

Bahagian Pendaftaran Tonewow (BPT) - Wasap 011-5907-5555
Mengenai Shipment, mengenai pengaktifan/pendaftaran Tonewow,
Hantarkan wasap ke Bahagian Pendaftaran Tonewow (BPT) 011-5907-5555

Support-GMA - Wasap 011-59005555
Mengenai Program GMA - Seperti mengenai Report, mengenai permohonan Dealer GMA, nak tahu branch, permohonan web-replika.
Hantar wasap ke Support-GMA 011-5900-5555

Group-Support-Dealer.
Apa2 jua soalan umum mengenai bisnes Tonewow ini.
Anda boleh menyertai group Telegram ini, Tonewow GMA, dan ia terbuka untuk semua. Group dibuka oleh admin website ini (Saudara Mazelan Abas) dan dikendalikan oleh beberapa orang sifu dan otai bisnes Tonewow ini.


Kembali ke Menu

Soalan jawab sebagai pengedar simkad tonewow.

Soalan: Apa itu MNP?
Jawapan: Mobile Number Portability (MNP) maknanya nombor telefon yang boleh dipindah2kan. Kita pula selalu sebut proses kekal nombor lama.

Soalan: Ada tak group wasap yang diwujudkan oleh memudahkan pengedar2 simkad tonewow ini bertanya atau bersembang untuk lebih memahami cara-cara untuk menjadi pengedar simkad yang lebih baik?
Jawapan: Group wasap tak ada, tapi group telegram ada, anda boleh join disini:
Group-Support-Dealer. Apa2 jua soalan umum mengenai bisnes Tonewow ini.
Anda boleh menyertai group Telegram ini, Tonewow GMA, dan ia terbuka untuk semua. Group dibuka oleh admin website ini (Saudara Mazelan Abas) dan dikendalikan oleh beberapa orang sifu dan otai bisnes Tonewow ini.



Soalan: Dimana saya nak beli jenis2 simkad tersebut?
Jawapan: Anda boleh beli simkad2 ini melalui pos di www.panduantw.com/buy.php

Soalan: Saya ada simkad tunetalk toneexcel dan simkad tonewow dibawah satu id. Jika saya nak expired kan simkad toneexcel. Adakah saya masih dpt komisen dari rangkaian simkad ToneExcel?
Jawapan:
Ya masih dapat. Sebab simkad tonewow adalah simkad primary dan simkad tunetalk/toneexcel adalah simkad secondry.

Simkad secondry, semuanya ok, nak terus guna pun ok, dan expired kan pun ok, nak buang terus pun ok, tiada masalah, ia tidak mengganggu akaun toneow anda, id TWE-xxxxx tetap akan hidup, dan komisyen daripada kedua-duanya (toneexcel dan tonewow) kalau ada, tetap akan dapat.


Kembali ke Menu

Memohon bantuan simkad percuma.
panduantw.com

Setelah anda menjalankan bisnes tonewow ini, anda boleh memohon menjadi Dealer GMA dimasa akan datang.

Jika permohonan anda diluluskan, sebagai Dealer GMA anda akan dibekalkan dengan simkad MNP Tonewow sehingga maksima 100 keping secara PERCUMA oleh GMA telecommunications Sdn Bhd, untuk membesarkan rangkaian anda yang sedia ada.

Syarat layak memohon menjadi dealer GMA.

1. Anda mestilah seorang yang sudah dan sedang menggunakan simkad Tonewow.

2. Anda mestilah seorang pengguna simkad tonewow yang didaftarkan dibawah rangkaian Branch GMA Telecommunications Sdn Bhd sahaja. (Jika anda tak pasti siapakah branch anda, hantarkan satu wasap ke SGMA dengan message 'Tolong check siapa branch saya.')

3. Jika dulu anda mendaftar Tonewow dengan KEKAL NOMBOR LAMA, anda boleh terus memohon tanpa ada syarat2 yang lain.

4. Jika dulu anda mendaftar Tonewow dengan MENGGUNAKAN NOMBOR BARU, anda perlulah sudah menaja atau ada downline sekurang2nya seorang yang KEKAL NOMBOR LAMA terlebih dahulu.

Pengumuman:
- Tiada lagi syarat untuk ada komisyen RM30 terlebih dahulu.
- Tiada lagi syarat untuk perlu topup RM30 terlebih dahulu.

Cara-cara memohon menjadi Dealer GMA.
1. Install Aplikasi mywow kedalam telefon anda terlebih dahulu.
2. Pastikan no. telefon tonewow anda sudah mempunyai wasap.
3. Savekan nombor Support-GMA (SGMA) 011-5900-5555 kedalam telefon anda.
4. Hantarkan wasap daripada no. telefon tonewow anda sendiri ke SGMA 01159005555 dengan message 'MemohonDealerTWGMA'. (Pastikan tulisan tersebut rapat-rapat). Hantarkan melalui wasap sahaja, bukan SMS.


Kembali ke Menu